WAKAF TANGKI AIR TAHFIIZ SAHABAT INSANI


RM6,930.00 raised from RM30,000.00
23.10%
21 donors in 50 days

Campaign started on 27-11-2020
by Dr. Huzairi


Assalamualaikum wrt wbt.

27 November 2020 (Jumaat)

.

Saidina Uthman Ibn Affan yang dermawan, dulu-dulu melabur wakaf telaga.

.

Salam Jumaat yang penuh keberkatan. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kebaikan semua.

.

Terlebih dahulu kami ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih atas sumbangan yang telah disampaikan untuk membantu kerja-kerja menyiapkan bangunan Tahfiz Sahabat Insani di Kampung Jijan, Nilai. Insya Allah akan beroperasi tidak lama lagi. Anak-anak dah tak sabar nak berpindah ke bangunan baru ini.

.

Perkembangan terkini pembinaan ialah menyediakan kemudahan air bersih untuk kegunaan murid-murid tahfiz Sahabat Insani. Pihak kontraktor sedang dalam proses perolehan tangki air berkapasiti besar dan bersedia untuk pembinaan tapak tangki dan proses seterusnya.

.

Bila cerita tentang tangki ni, teringat kami untuk petik kisah bermotivasi dari amalan dermawan Saidina Uthman Ibn Affan. Diriwayatkan, selepas kaum Muhajirin berhijrah ke Madinah telah berlaku musim kemarau. Kaum Muhajirin dan Ansar telah menghadapi masalah bekalan air bersih. Bekalan air yang masih ada hanya dari Telaga Rummah yang dimiliki oleh seorang Yahudi. Mengambil kesempatan dari kesempitan ini, Yahudi tersebut telah mengenakan caj yang tinggi kepada kaum muslimin yang hendak mendapatkan bekalan air bersih.

.

Saidina Uthman Ibn Affan telah menyambut tawaran membeli telaga oleh Rasulullah SAW melalui sabda baginda yang bermaksud "Wahai sahabatku! Sesiapa sahaja di antara kamu yang menyumbangkan hartanya untuk dapat membebaskan telaga itu, lalu mendermakannya untuk umat, maka akan mendapat syurga Allah" (Hadis riwayat Muslim).

.

Melalui strategi tawaran yang bijak, Saidina Uthman dapat membeli telaga tersebut dan memanfaatkan wakaf telaga dan air percuma untuk kegunaan umat. Hasilnya, telaga wakaf dan air bersih atas usaha wakaf Saidina Uthman Ibn Affan telah dapat dimanfaatkan sehingga ke hari ini. Allahu akbar. Benarlah yang disebutkan Nabi SAW wakaf membebaskan telaga dan mendermakannya untuk manfaat umat mendapat jaminan syurga Allah. Saidina Uthman telah merebut peluang tersebut.

.

Mengambil iktibar dari kisah ringkas ini, mari sama-sama kita jayakan Khairat Pendidikan Wakaf Tangki Air Tahfiz Sahabat Insani ini. Seramai 100 penderma dan pewaqaf budiman dipelawa untuk bersama-sama jayakan. Nilai sumbangan ialah RM300.00 bagi satu bahagian.

.

Sambil berniat sedekah, anda boleh juga top up pahala ajak orang lain turut sama bersedekah. Pesan Nabi SAW riwayat Muslim: "Sesiapa yang menunjukkan satu kebaikan maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya". Berlipat kali ganda. Subhanallah. Pastikan selepas baca ini, kita terus SHARE di facebook, copy lepas tu SHARE juga whatsapp dan jangan lupa juga telegram.

.

Jom sama-sama kita bantu sempurnakan kemudahan untuk anak-anak tahfiz. Mereka bakal berpindah ke bangunan baru di Kg. Jijan, Nilai, Negeri Sembilan ini tidak lama lagi. Bayangkan nanti, setiap titis air yang dapat digunakan untuk kemudahan anak-anak tahfiz bersuci, berwudhu', membasahi tekak dan sebagainya mengalir sebagai jariah untuk diri kita.

.

Sampaikan sumbangan anda ke akaun:

Maybank

5551 0832 2004

Maahad Tahfiz Integrasi Sahabat Insani

Reference : Wakaf Tangki Air

 

Hubungi Pejabat kami : 068569995



Your Comments

Recent Donations 21

RM300.00
Muhammad amin bin zainon
"Saya wakafkan atas nama arwah suami sy"
2 days ago
RM20.00
Norizan Bin Mohd Yusof
1 week ago
RM20.00
ISKANDAR ZULKARNAIN BIN NORIZAN
1 week ago
RM600.00
ALI NOOR
"Doakan supaya Ali Noor sembuh Dan kembali sihat sepertisekarang belum sedar Dan masih di neuro icu"
3 weeks ago
RM500.00
DIA
"Waqaf utk arwah "
4 weeks ago
RM50.00
Anuar
5 weeks ago
RM300.00
Mas, siti Dzulaika, Norashikin, Nitasya, Sari
"Mudah2an amalan diterima"
5 weeks ago
RM30.00
azrina
5 weeks ago
RM10.00
Zainol
5 weeks ago
RM300.00
Safina binti saat
"Wakaf untuk ALLAHYARHAM SAAT BIN SUDIN "
5 weeks ago
RM300.00
S
5 weeks ago
RM20.00
Izzah Syafira
6 weeks ago
RM10.00
Mustapha Bin Pungut
6 weeks ago
RM50.00
SO
"K"
6 weeks ago
RM20.00
FADHILAH BINTI SAMAD
"WAKAF TANGKI AIR"
6 weeks ago
RM300.00
Azhana Abdullah
"Penyumbang bersama: Miskiah Hj Toha, Nordiana, Nor Haniza & Nora."
6 weeks ago
RM300.00
Saodah
"Wakaf tangki air "
6 weeks ago
RM1,000.00
Ibtisam
"Semoga Allah pmudahkan segala urusan pihak MTISI"
6 weeks ago
RM1,300.00
Hamba Allah
"Sedekah"
7 weeks ago
RM900.00
Shahrul Arba'iah Orhman
"Wakaf tangki air"
7 weeks ago
RM600.00
AA
"Semoga dipermudahkan urusan pihak Tahfiz Sahabat Insani"
7 weeks ago